Tarikh: 11.04.2018
Hari : Isnin
Aktiviti : Program ujian SEGAK
LATAR
BELAKANG
SEGAK
adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap
kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan.Kecergasan adalah keupayaan
sistem badan untuk berfungsi dengan efisien bagi membolehkan murid sihat dan
dapat melaksanakan aktiviti dengan berkesan. Komponen kecergasan yang diukur
dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) serta Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Jasmani.
Ujian SEGAK telah dilaksanakan kepada murid sekolah di
Malaysia mulai tahun 2008 yang melibatkan murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5. SEGAK mempunyai prosedur ujian yang standard. Setiap ujian mempunyai norma yang telah
ditetapkan mengikut umur dan jantina murid. Terdapat lima (5) instrumen di
dalam SEGAK, iaitu:
a)
Indeks Jisim Badan (Body Mass Index – BMI)
b)
Ujian Naik Turun Bangku Tiga (3) minit.
c)
Ujian Tekan Tubi (Murid lelaki) atau Tekan Tubi
Ubah Suai (murid Perempuan).
d)
Ujian Ringkuk Tubi Separa .
e)
Ujian Jangkauan Melunjur.
PELAKSANAAN
Pelaksanaan
SEGAK hendaklah seperti berikut:
a)
Mengikut Buku Panduan SEGAK 2016 yang
dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
b)
Ujian SEGAK hendaklah dilaksanakan dua (2) kali
setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos bagi murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5.
c)
Ujian ini boleh dilaksanakan semasa waktu
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan juga di luar waktu
persekolahan.
d)
Semua data ujian direkod dengan menggunakan
Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) atau Borang SEGAK Sekolah Menengah (BSSM).
Data yang
diperoleh dari ujian SEGAK hendaklah direkodkan di dalam sistem perekodan
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Indeks Jisim Badan (Body Mass Index – BMI)
![]() |
Ujian Naik Turun Bangku Tiga (3) minit.
![]() |
Ujian Tekan Tubi (Murid lelaki) atau Tekan Tubi Ubah Suai (murid Perempuan).
![]() |
Ujian Ringkuk Tubi Separa .
Ujian Jangkauan Melunjur.
Tahniah diucapkan kepada Haji Abu Bakar Bin Mustari dan Guru-Guru Pendidikan Jasmani dalam menjayakan Program ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan