6/02/17
Tinta Guru Besar
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t. dengan izinNya Sekolah Kebangsaan Seri Lalang telah berjaya mewujudkan Portal frog vle di atas dorongan, komitmen, inisiatif dan kerjasama dari semua warga SK Seri Lalang. Pengwujudan portal ini bermatlamat untuk untuk menjadinya sebagai landasan informasi, berita dan apajua aktiviti supaya dapat disalurkan serta disebarkan pada kadar yang cepat dan tepat kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa di mana jua mereka berada.
Di samping itu, portal ini juga diharap dapat berfungsi sebagai platform penyebaran maklumat secara meluas yang tidak terbatas sempadannya bersesuaian dengan gagasan kerajaan menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang bersifat global ini sebagai agenda utama kerajaan.
Kepada semua warga pendidik di SK Seri Lalang, saya berharap agar semuanya dapat memanfaatkan kemudahan ICT dengan meningkatkan kemahiran masing-masing supaya lebih kompeten dalam segala urusan kerja dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ini dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia mampu mewujudkan idea yang kreatif dan inovatif di kalangan murid-murid.
Kepada ibu bapa dan komuniti setempat pihak sekolah berharap saluran ini dapat dijadikan sebagai platform untuk berinteraksi secara maya untuk mengetahui perkembangan anak masing-masing sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada warga SK Seri Lalang terutamnya JK Pengurusan Portal Sekolah kerana telah memberi sumbangan dalam bentuk kepakaran yang inovatif dan kreatif dalam usaha mewujudkan Portal ini. Sama-samalah kita bergerak ke arah dunia globalisasi melalui ICT dan menjadi masyarakat yang berteknologi.
Sekian, terima kasih.
Muafakat Membawa Berkat
"Mencungkil Potensi, Menggilap Prestasi, Menjana Kecemerlangan"
Pn Habibah binti Othman
Guru Besar
SK Seri Lalang
1 Januari2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan