Mesyuarat dialog prestasi kali ke 2
16/02/17
14/02/17
Kejohanan Badminton MSSD Kluang
Hari ini 14 Feb 2017 Adik Muhammad Nurhakim bin Sangidon sekali lagi menjadi juara kategori bawah 12 tahun... Tahniah
13/02/17
Watikah Pemimpin Muda
Hari ini 13 Feb 2017 telah dijalankan majlis penyampaian watikah perlantikan pemimpin muda sekolah. Watikah ini telah disampaikan oleh puan guru besar sendiri.
Seramai 80 orang pemimpin muda menerima pelantikan ini dengan penuh tanggungjawab dan beriltizam menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain. Tahniah....
Seramai 80 orang pemimpin muda menerima pelantikan ini dengan penuh tanggungjawab dan beriltizam menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain. Tahniah....
7/02/17
6/02/17
Permuafakatan ibu bapa 2017
Pada 12 Jan 2017 SK Seri Lalang telah mengadakan Permuafakatan ibu bapa murid murid tahun 6 bagi tahun 2017. Program ini diadakan untuk meningkatkan lagi kecemerlangan murid murid Tahun enam.
Tinta Guru Besar
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t. dengan izinNya Sekolah Kebangsaan Seri Lalang telah berjaya mewujudkan Portal frog vle di atas dorongan, komitmen, inisiatif dan kerjasama dari semua warga SK Seri Lalang. Pengwujudan portal ini bermatlamat untuk untuk menjadinya sebagai landasan informasi, berita dan apajua aktiviti supaya dapat disalurkan serta disebarkan pada kadar yang cepat dan tepat kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa di mana jua mereka berada.
Di samping itu, portal ini juga diharap dapat berfungsi sebagai platform penyebaran maklumat secara meluas yang tidak terbatas sempadannya bersesuaian dengan gagasan kerajaan menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang bersifat global ini sebagai agenda utama kerajaan.
Kepada semua warga pendidik di SK Seri Lalang, saya berharap agar semuanya dapat memanfaatkan kemudahan ICT dengan meningkatkan kemahiran masing-masing supaya lebih kompeten dalam segala urusan kerja dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ini dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia mampu mewujudkan idea yang kreatif dan inovatif di kalangan murid-murid.
Kepada ibu bapa dan komuniti setempat pihak sekolah berharap saluran ini dapat dijadikan sebagai platform untuk berinteraksi secara maya untuk mengetahui perkembangan anak masing-masing sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada warga SK Seri Lalang terutamnya JK Pengurusan Portal Sekolah kerana telah memberi sumbangan dalam bentuk kepakaran yang inovatif dan kreatif dalam usaha mewujudkan Portal ini. Sama-samalah kita bergerak ke arah dunia globalisasi melalui ICT dan menjadi masyarakat yang berteknologi.
Sekian, terima kasih.
Muafakat Membawa Berkat
"Mencungkil Potensi, Menggilap Prestasi, Menjana Kecemerlangan"
Pn Habibah binti Othman
Guru Besar
SK Seri Lalang
1 Januari2016
Sejarah Sekolah
SEJARAH SEKOLAH SK SERI LALANG, KLUANG
Setelah menyedari tentang kepentingan ilmu pengetahuan, penduduk Kampung Seri Lalang telah sepakat untuk bergotong-royong mendirikan sebuah sekolah yang berdindingkan papan dan beratapkan rumbia. Inilah sejarah awal kelahiran sekolah Melayu di Seri Lalang pada tahun 1948.*
Sekolah ini dinamai SK Seri Lalang kerana persekitaran sekolah yang dikelilingi lalang pada ketika itu. En. Sidek b. Sehat merupakan guru besar yang pertama. Ketika itu, sekolah ini hanya mempunyai 40 orang murid dan 2 orang guru sahaja.
.
Pada tahun 1972, sebuah bangunan 2 tingkat telah dibina pada bulan Ogos. Pada Mac 1983, sebuah bangunan baru yang menelan belanja RM50,000.00 (sumbangan kerajaan) dan RM600.00 (sumbangan ibu bapa) telah dibina secara bergotong-royong. Bangunan ini mengandungi 4 buah bilik darjah dan sebuah bilik Unit Agama. Pada tahun 1996, sebuah bangunan yang mengandungi 2 bilik darjah telah dibina hasil sumbangan kerajaan secara bergotong-royong.
Menjelang tahun 1998, sekolah ini telah dinaikkan ke Gred A (Kategori Luar Bandar) dan memulakan sistem persekolahan 2 sesi.
Pada tahun 2001, sebuah blok bangunan 3 tingkat telah didirikan di atas tapak bangunan gotong-royong (1996). Blok ini menempatkan bilik-bilik khas dan 5 buah bilik darjah. Bangunan ini telah digunakan sepenuhnya pada tahun 2002.
Kini, blog Iman yang merupakan bangunan tertua SK Seri Lalang, Kluang telah dirobohkan dan sedang digantikan bangunan baharu empat tingkat yang telah siap dibina bagi memenuhi keperluan guru-guru dan murid-murid.
Bilangan pelajar SK Seri Lalang kini melebihi 450 orang. Pelajar-pelajar ini datang dari kawasan di sekitar Seri Lalang seperti Institut Haiwan, Kampung Rahmat, Kampung Melayu Seri Lalang, Kampung Seri Bongsu, Kampung Melayu Manong, Ladang Uni Jaya, Taman Ria dan Taman Seri Lalang.
Langgan:
Catatan (Atom)