19/04/18

KARNIVAL BAHASA MELAYU

Tarikh:16.04.2018
Hari: Isnin
Tempat: Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmood 1


Aktiviti: Sekolah Kebangsaan Seri Lalang telah menyertai pertandingan bercerita tahap 1 dan tahap 2 di sekolah kebangsaan tengku mahmood 1. Bagi Kategori bercerita tahap 1  penyertaannya murid tahun 3 Arif iaitu Nureen Adleena Yasmeen Binti Md Nizar Dengan tajuk Puteri Limau Purut. Bagi bercerita tahap 2  Persertanya murid darjah 5 Arif iaitu Aima Maisarah binti jomain dengan tajuk..................................dan bagi pertandigan Pidatol pula diwakili oleh Amnee Atirah binti sazali dari kelas 6 Arif.

Bagi pertandingan bercerita tahap 1 sekolah kami mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada Nureen Adleena Yasmeen Binti Md Nizar kerana berjaya mendapat meharumkan nama sekolah pada pertandingan tahun ini. dan tahniah juga kepada para guru yang membimbing mereka.

























11/04/18

SEGAK





Tarikh: 11.04.2018
Hari : Isnin
Aktiviti : Program ujian SEGAK


LATAR BELAKANG

SEGAK adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan.Kecergasan adalah keupayaan sistem badan untuk berfungsi dengan efisien bagi membolehkan murid sihat dan dapat melaksanakan aktiviti dengan berkesan. Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) serta Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Jasmani.

Ujian SEGAK telah dilaksanakan kepada murid sekolah di Malaysia mulai tahun 2008 yang melibatkan murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5. SEGAK mempunyai prosedur ujian yang standard. Setiap ujian mempunyai norma yang telah ditetapkan mengikut umur dan jantina murid. Terdapat lima (5) instrumen di dalam SEGAK, iaitu:

a)      Indeks Jisim Badan (Body Mass Index – BMI)
b)      Ujian Naik Turun Bangku Tiga (3) minit.
c)       Ujian Tekan Tubi (Murid lelaki) atau Tekan Tubi Ubah Suai (murid Perempuan).
d)      Ujian Ringkuk Tubi Separa .
e)      Ujian Jangkauan Melunjur.


 Pada dasarnya SEGAK dilaksanakan di sekolah seluruh negara seperti yang termaktub dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/2008  dan Panduan SEGAK 2007. Walau bagaimanapun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah disyorkan untuk membuat penambahbaikan dengan menggunakan norma terkini bagi Jadual Pengkelasan Indeks Jisim Badan berdasarkan National Centre for Chromic Disease Prevention and Health Promotion (CDC) 2000 (Lampiran 2) yang digunakan dalam SEGAK.



PELAKSANAAN

Pelaksanaan SEGAK hendaklah seperti berikut:

a)      Mengikut Buku Panduan SEGAK 2016 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
b)      Ujian SEGAK hendaklah dilaksanakan dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos bagi murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5.
c)       Ujian ini boleh dilaksanakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan juga di luar waktu persekolahan.
d)      Semua data ujian direkod dengan menggunakan Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) atau Borang SEGAK Sekolah Menengah (BSSM).

 Data yang diperoleh dari ujian SEGAK hendaklah direkodkan di dalam sistem perekodan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).


 Indeks Jisim Badan (Body Mass Index – BMI)





  Ujian Naik Turun Bangku Tiga (3) minit.




  Ujian Tekan Tubi (Murid lelaki) atau Tekan Tubi Ubah Suai (murid Perempuan).







Ujian Ringkuk Tubi Separa .




 Ujian Jangkauan Melunjur.

Tahniah diucapkan kepada Haji Abu Bakar Bin Mustari dan Guru-Guru Pendidikan Jasmani dalam menjayakan Program ini. 



14/02/17

Kejohanan Badminton MSSD Kluang

Hari ini 14 Feb 2017 Adik Muhammad Nurhakim bin Sangidon sekali lagi menjadi juara kategori bawah 12 tahun... Tahniah




13/02/17

Watikah Pemimpin Muda

Hari ini 13 Feb 2017 telah dijalankan majlis penyampaian watikah perlantikan pemimpin muda sekolah. Watikah ini telah disampaikan oleh puan guru besar sendiri.
Seramai 80 orang pemimpin muda menerima pelantikan ini dengan penuh tanggungjawab dan beriltizam menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain. Tahniah....







6/02/17

Permuafakatan ibu bapa 2017

Pada 12 Jan 2017 SK Seri Lalang telah mengadakan Permuafakatan ibu bapa murid murid tahun 6  bagi tahun 2017. Program ini diadakan untuk meningkatkan lagi kecemerlangan murid murid Tahun enam.